Friday, March 24, 2006

HAMMING IT UP OVER THE AIRWAVES

Publication : NST-SUPP
Edition : 2*
Date : 17/05/2004
Page Number : 07
Headline : Hamming it up over the airwaves
Words : 1001
Byline : By Siti Hajar Abd Aziz
Text :


CALLING any station. This is Nine-Whiskey-Two-Juliet-Alpha-Romeo standing by. That's me calling on the airwaves.

With that call sign (9W2JAR), I am one of a handful of women actively transmitting over the airwaves, talking to acquaintances and friends all over the country.

When I told colleagues a year ago I was sitting the Amateur Radio Examination conducted by the Malaysian Communications and Multimedia Commission, they assumed I was aspiring to become a deejay.

Maybe, but they did not know I would be operating my own radio station from within my Kelisa. Better still, I can engage in a two-way communication with whoever picks my radio signals.

So how did I get into this unique hobby: constructing, communicating and experimenting with radio communication equipment?

My introduction into the world of "ham" (a casual way of calling amateur radio operators) was made by a few female friends, who were active in youth activities and learning new-skills.

They were the ones who invited me to attend an introductory class organised by the Malaysian Amateur Radio Emergency Services society, a radio amateur club based in Kuala Lumpur.

It was amazing how my 75-year old teacher, Idris Zainuddin (9M2GL), a radio amateur enthusiast for almost 40 years, was able to transform the subject of electronic and electricity into interesting lessons.

It was not too long before I got hooked on the idea of transmitting on the airwaves.

So I began the journey of understanding Ohm's Law and how to calculate voltage, and memorise the Alpha-Bravo-Charlie's of the international phonetic. I also got to know the different types of antenna used by hams.

I passed the exam and am now a proud "B" licence holder. I pay an annual fee of RM24 to the MCMC. The licence allows me to transmit in the 2m band, between the frequencies of 144.00 Mhz to 148.00 Mhz.

I also signed up with a number of amateur radio clubs, such as the Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society, which is affiliated to the International Amateur Radio Union (Malaysia comes under the International
Telecommunication Union's Region 3).

The sky is not the limit in amateur radio. I find there is so much more to learn like how signals from equipment can be enhanced with the use of a higher dB-gained antenna, or how a 300-ohm television ribbon wire can be
turned into a fairly good antenna.

One can experiment with television, moon-bouncing, data (including computer controlled communications such as packet radio), satellite communications and, of course, short- or long-range voice or Morse code
transmissions.

Many may have heard about hams who talk to the world. In Malaysia, they are the "A" licence holders (annual fee of RM36), which allows them to operate in a selected frequency, from as low as 1.800Mhz to 440.000 Mhz, and from 1.240 Ghz to 250Ghz.
To obtain this licence, a B Licence holder must first pass the Morse Code test with a minimum speed of 12 words per minute. I listened to the "examination questions" once, (which dits and das sound slightly slower than the sound of firing bullets) but I am keen to learn, so whenever I am free, I try to catch the lessons on air, in my
car, under the streetlamps, as my job keeps me on the road.
I speak in a different language now. It's "QRZ, QRZ" for "Who is calling me?", "QRT" to stop transmitting,
and "73" for "Best regards". Another ham is often referred to as "a station" by the other. I frequently have "eyeball QSO" with fellow ham friends (not meet!) and the "f zz" is foxtrot!.

Curious about who am I talking to on air? There are about 1,500 hams in the country (reportedly more than 500,000 of them in the United States), although not all are actively on air, and I contact them from time to
time.

Those I frequently hang-out with include the owners of call signs 9W2SSD, 9W2CCC, 9W2SAM and 9W2SMZ.

There are a number of radio amateur associations to choose from, and each has its goals and visions.

If I am not out at work or having a drink with ham friends, I would probably be talking on a repeater, and a number of repeaters are highly accessible here in Kuala Lumpur.

(A repeater is an amateur station with specific frequency that simultaneously retransmits the transmission of another amateur station on a different channel). A repeater can enhance the signals of the portable and mobile stations.

There is a set of 15 repeaters in a number of high locations in the country. They belong to The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia.

These repeaters are linked to each other so that a ham can talk to other hams in the country. Often hams from Thailand and Indonesia join in the QSO (radio conversation) and extend their friendship.

With such a service and as I am soon going back to being a student at Universiti Sains Malaysia in Penang, I would probably have to give up my handphone, keep my transceiver and learn how to "homebrew" my own antenna.

I know my non-ham friends may find me weird and pretend not to be bored when I relate to them about my chats on air, but I am working hard to take on the world through the airwaves.
WHO TO CONTACT:
* Malaysian Communications and Multimedia Commission
Level 11 Menara Dato' Onn
Putra World Trade Centre
45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur.
Telephone: 03-40477000
Website: www.mcmc.gov.my
* Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS),
PO Box 10777
50724 Kuala Lumpur.
Tel: 016-4751753
Website: www.marts.org.my
* Malaysian Amateur Radio Emergency Services Society (MARES),
2852 Jalan Selangor,
Bukit Persekutuan,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2284 4100
* The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia (ASTRA),
PO Box 52,
11700 Gelugor,
Penang.
Tel: 012-5096146
(ASTRA's honorary secretary)
(END)

Kelemahan komunikasi pengurusan bencana

Oleh ABDUL AZIZ MOHD. NOR
Sejak kebelakangan ini, kejadian nahas bencana banyak berlaku termasuk gempa bumi, tsunami, banjir besar, runtuhan bangunan, nahas kapal terbang serta helikopter.
Anggota-anggota penyelamat yang ditugaskan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat kita memang terlatih dalam mengendalikan tugas berat itu namun disebabkan tidak ada koordinasi antara anggota-anggota penyelamat, ia sedikit sebanyak menghalang mereka melakukan tugas yang terbaik.
Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES) yang kerap kali terlibat dengan kerja-kerja mencari dan menyelamat bersama-sama polis, pasukan Bomba dan Penyelamat, JPA3 dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sering mendengar keluhan di antara pasukan penyelamat itu.
Kita mempunyai Unit Pengurusan Krisis dan Bencana, Bahagian Keselamatan Negara selain Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat daerah, negeri dan pusat, namun bilakah mereka yang diamanahkan ini akan duduk berbincang?
Adakah mereka hanya perlu duduk bersama setahun sekali atau hanya berjumpa apabila berlaku bencana?
Apakah fungsi jawatankuasa ini? Adakah ia sekadar memenuhi garis panduan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja dan hanya inginkan pegawai yang mewakili agensi tertentu bercakap di meja rundingan termasuk menyediakan kertas kerja namun tidak ada pelaksanaan kerana tiada peruntukan kewangan?
Di sini penulis ingin sertakan satu senario menarik untuk tatapan kita bersama. Persoalannya ialah sejak 15 tahun penulis menetap di sebuah bandar yang mempunyai beberapa pangsapuri, tidak pernah pun melihat atau mendengar Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) atau Pelan Pemindahan (Evacuation Plan) di penempatan berkenaan.
Bayangkan jika berlaku kebakaran atau gempa bumi, apakah yang akan dilakukan oleh penghuninya? Yang lebih memburukkan keadaan, sehingga kini tiada sistem pencegah kebakaran di kawasan penempatan berkenaan dan ini menimbulkan satu pertanyaan bagaimana pangsapuri itu mendapat sijil layak menduduki (CF).
Apa yang kita lakukan sekarang lebih bersifat ad hoc dan bencana demi bencana berlaku namun kehangatannya hanya seketika sahaja.
Kejadian Helikopter Hornbill Skyways - Bell 206 yang terhempas di kaki Gunung Murud, Ba'kelalan, Sarawak pada 12 Julai 2004 memakan masa 16 hari untuk dicari dan ini tidak dapat diterima oleh ahli keluarga mangsa serta masyarakat umum.
Pada hari kejadian sehingga helikopter berkenaan dijumpai setiap hari media tempatan menyiarkan berita mengenainya termasuk siaran pendapat daripada beberapa individu mahir dan pakar mengenai perkara itu.
Namun apabila ia sudah berakhir, tidak ada mana-mana pihak tampil ke hadapan melakukan langkah-langkah tertentu untuk memperbaiki cara dan tindakan menyelamat bagi membendung perkara berkenaan daripada berulang.
Apa yang dikesali ialah kawasan tersebut merupakan kawasan sering terjadi nahas namun tidak ada sebarang `tindakan pembetulan' dibuat.
Mesyuarat post-mortem nahas pesawat Piper 28 di Genting Bidai, Pahang tahun lepas turut menimbulkan persoalan masalah koordinasi antara pasukan penyelamat termasuklah masalah integrasi sistem komunikasi yang tidak sepatutnya berlaku pada zaman sekarang.
Kita sering memberikan keutamaan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat, JPA3, polis, Unit Udara PDRM, Unit Udara Bomba dan TUDM sebagai anggota agensi penyelamat.
Akan tetapi kita sebenarnya tidak harus melupakan dan mendapatkan perkhidmatan daripada orang yang lebih arif mengenai kawasan berkenaan.
Ini termasuk juruukur bahagian pemetaan, kumpulan pendaki gunung, pemburu, Orang Asli dan badan-badan NGO yang lain termasuklah ahli kelab pacuan empat roda (4x4) dan kelab radio amatur.
Sebagai contoh, jika ada pesawat terhempas di kawasan hutan, khidmat kumpulan ini diperlukan kerana ada di antara mereka lebih arif kawasan tersebut dan tahu mengenai selok-belok kawasan tersebut.
Bantuan
Negara maju contohnya Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom sering menggunakan khidmat kumpulan ini, manakala agensi kerajaan dan swasta pula menyediakan bantuan kewangan kepada NGO.
Namun amat malang ia tidak berlaku di negara kita.
Jawatankuasa di peringkat nasional harus mengemas kini garis panduan pengurusan bencana contohnya Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 (MKN 20) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diwujudkan selepas tragedi Highland Tower pada 11 Disember 1993.
Semenjak dari tahun 60-an sehinggalah sekarang, tidak ada perubahan dan apa yang kita nampak hanyalah kenderaan dan perkakasan mencari dan menyelamat, bot-bot, pam-pam air, ambulans yang baru.
Apa yang dikesalkan sistem komunikasi sesetengah agensi penyelamat amat menyedihkan dan tidak mencapai tahap kemodenan yang ada sekarang.
Turut dikenal pasti permohonan menaik taraf peralatan seperti pengesan kehidupan (life detector) dan alat komunikasi terkini amat sukar dan sering diklasifikasikan sebagai tidak penting.
Malah ada satu agensi penyelamat negara, lengkap dengan segala peralatan baru termasuk kenderaan 4x4, komputer pejabat, ambulans, bas untuk anggota termasuklah sebuah kenderaan Proton Perdana V6 baru.
Namun apabila memasuki bilik gerakan, hanya terdapat empat buah gagang telefon yang biasa digunakan untuk menerima panggilan kecemasan, sebuah alat perhubungan frekuensi sangat tinggi (VHF) dan sebuah buku catatan penerimaan panggilan kecemasan.
Cuba bayangkan, jika berlaku sesuatu bencana yang besar sudah pasti bilik gerakan ini dihujani pelbagai panggilan yang tidak henti-henti daripada orang ramai.
Jika mereka masih meneruskan dengan peralatan asas ini termasuk operator yang kurang berpengalaman, pastinya proses menerima aduan, memberi arahan dan melaksanakan arahan menjadi kurang efisien. Seterusnya, ia pasti akan melambatkan proses menyelamat.
Semua ini berlaku di ibu negara dan ini membayangkan apa yang ada di lain-lain negeri. Dalam gerakan mencari dan menyelamat, salah satu alat yang paling penting ialah peralatan komunikasi.
Namun perkara yang penting itu jarang diambil tahu dengan terperinci oleh pihak tertentu.
- ABDUL AZIZ MOHD. NOR ialah Presiden Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES).


----------------------------------------------

Baiki kelemahan komunikasi bencana
Saudara Pengarang,SAYA amat bersetuju dengan pendapat Abdul Aziz Mohd. Nor bertajuk Kelemahan komunikasi pengurusan bencana yang disiarkan dalam ruangan ini pada 19 Disember 2005.
Sebagai seorang ahli Radio Amatur (callsign 9M2FF), saya pernah diminta oleh Aziz (Presiden MARES) untuk memberi sumbangan perkhidmatan radio komunikasi bagi unit sukarelawan Yayasan Salam ke Aceh (15 hingga 22 Januari 2005) bagi membantu kumpulan itu yang terdiri daripada doktor-doktor dan anggota penyelamat (seramai 15 anggota) membantu mangsa tsunami di sana.
Kumpulan Radio amatur Indonesia iaitu Organisasi Radio Amatur Republik Indonesia (ORARI) pun memberi kerjasama kepada anggota MARES (Malaysian Amateur Radio Emergency Services) dan juga anggota antarabangsa membantu memberi khidmat radio komunikasi untuk mereka.
Seperti yang disebut oleh Aziz, tiada koordinasi antara badan-badan penyelamat. Mereka ada berkomunikasi dengan anggota mereka, tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan grup penyelamat yang lain (intra-agency communication). Keadaan ini membuatkan khidmat menyelamat bencana amat terhad.
Di sinilah khidmat kelab Radio Amatur seperti MARES yang anggotanya mahir dalam bidang radio komunikasi boleh memberi `koordinasi' antara badan-badan penyelamat. Peranan ahli radio amatur di dunia maju, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah begitu berkesan (mereka kerap dipanggil dan berperanan penting) untuk membantu agensi-agensi penyelamat mereka dalam menjalankan tugas menolong mangsa bencana alam dengan menggunakan alat radio mereka sebagai `perantaraan' (inter-group communication) di antara pelbagai kumpulan penyelamat.
Amat dikesali jika kemahiran dan khidmat yang anggota-anggota radio amatur yang sedia dan rela memberi khidmat tidak digunakan oleh Pengurus Bencana untuk khidmat masyarakat. Besar kemungkinan ini disebabkan ramai orang belum tahu adanya sekumpulan manusia yang dipanggil radio amatur.
Sayugia dimaklumkan bahawa khidmat telefon awam, telefon bimbit mungkin tidak berfungsi kerana infrastrukturnya ranap oleh bencana itu (termasuk bekalan elektrik) - hanya alat radio komunikasi dengan antena dan kuasa bateri yang boleh digunakan.
MOHD YUSOFF, Shah Alam, Selangor.

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC)

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?



Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Abjad yang----------------Kod digunakan------------------Cara sebutan
Hendak dihantar
A-------------------------------Alfa--------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta-------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India------------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima------------------------LEE MAH
M-------------------------------Mike------------------------MIKE
N-----------------------------November-----------------NO VEM BER
O------------------------------Oscar------------------------OSS CAH
P------------------------------Papa-------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec----------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-----------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-----------------------TANG GO
U------------------------------Uniform------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor-----------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey---------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee---------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu----------------------ZOO LOO
Click Banner untuk kembali ke Keperluan Radio Amatur Anda