Friday, March 24, 2006

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC)

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?



Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Abjad yang----------------Kod digunakan------------------Cara sebutan
Hendak dihantar
A-------------------------------Alfa--------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta-------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India------------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima------------------------LEE MAH
M-------------------------------Mike------------------------MIKE
N-----------------------------November-----------------NO VEM BER
O------------------------------Oscar------------------------OSS CAH
P------------------------------Papa-------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec----------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-----------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-----------------------TANG GO
U------------------------------Uniform------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor-----------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey---------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee---------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu----------------------ZOO LOO
Click Banner untuk kembali ke Keperluan Radio Amatur Anda

4 Comments:

Blogger http://www.yb8zd.blogspot.com said...

Cukup baik
de udin - yb8ew
http://mdc.orari.web.id

7:58 pm  
Blogger Azali Arba'ain said...

Ada timbul isu/persoalan di Malaysia Forum Topic. Tapi buat masa ini belum ada org yg memiliki 9W atau 9M yg menjawab.
http://m.topix.com/forum/world/malaysia/TQ8NOBKA1T6OH9M9D

11:08 am  
Blogger aimanmbo said...

salam..
saya berminat untuk menjadikan radio amtur sebagai satu hobi..
dan saya ingin bertanya, bilaka RAE dan bagaimana kita nak tahu bila RAE?
terima kasih..

11:55 pm  
Blogger Unknown said...

I just cant stop reading this. Your post is dear. Thanks for sharing your precious comprehension with me.
infertility

7:00 pm  

Post a Comment

<< Home