Wednesday, April 12, 2006

MARES sedia perkhidmatan komunikasi bencana dan rekreasi

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
``MEMANGGIL mana-mana rakan, di sini nine-whisskey-two-brah vo-brah vo-oss cah... standing by...’’
Mungkin pada pendengar biasa, ini merupakan salah satu daripada panggilan yang dilakukan di radio dua hala polis atau tentera namun bagi yang tidak tahu, sebenarnya panggilan itu boleh dilakukan oleh orang awam.
Semua ini memungkinkan orang awam terutama yang bergiat dalam aktiviti luaran menggunakan komunikasi yang diperlukan antara mereka di kawasan yang tidak mempunyai liputan telefon mudah alih atau sebagainya dan ini dikenali sebagai komunikasi radio amatur.
Berbeza dengan komunikasi radio dua hala komersial termasuk teksi, penunda kereta dan sebagainya, komunikasi radio amatur memerlukan pengendali memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC - www.mcmc.gov.my).
Keperluan penggunaan komunikasi radio amatur ini sebenarnya sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1952 melalui Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) namun sehingga kini hanya kira-kira 2,000 orang pengendali radio amatur yang berjaya memperoleh lesen.
Berbanding di Thailand yang hanya menubuhkan Persatuan Radio Amatur Thailand (RAST) pada 1963, mereka kini mempunyai lebih daripada 10,000 pengendali radio amatur berlesen.
Penggunaan radio amatur ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan tidak hanya terbatas kepada penggemar aktiviti luaran namun, ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk berhubung dengan anak-anak.
Yang menariknya, penggunaan radio amatur ini boleh berkomunikasi tanpa memerlukan kos perbelanjaan seperti penggunaan telefon mudah alih dan lebih murah tanpa bayaran tambahan.
Yang perlu, hanyalah radio dua hala mengikut kelas lesen pengendali dan juga antena yang bersesuaian bagi mengendalikan frekuensi yang telah ditetapkan.
Selain itu, pengendali radio amatur hanya perlu membayar yuran lesen kategori masing-masing sebanyak RM24 setahun bagi kelas B dan RM36 bagi pemegang lesen kelas A.
Terlalu murah! Malah radio dua hala yang ada di pasaran kini boleh dibeli dengan kos yang sama dengan telefon mudah alih berjenama biasa yang ada di pasaran dan ada yang lebih murah.
Apa pun, penggunaan radio amatur ini bukan hanya untuk komunikasi biasa dan bertanya khabar, tetapi kini ia lebih cenderung ke arah komunikasi kecemasan.
Bayangkan apa akan berlaku jika alat komunikasi biasa tidak boleh digunakan ketika terjadinya kemalangan semasa melakukan aktiviti luaran?
Pastinya, kemalangan yang lebih buruk bakal terjadi dan atas kehendak itu jugalah, Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES www.mares.org.my) ditubuhkan pada tahun 2002.
Dengan objektif menyediakan perkhidmatan komunikasi secara meluas semasa kecemasan atau bencana, ia boleh dilakukan oleh ahli-ahli sukarela MARES secara efektif.
Menurut Presiden MARES, Abdul Aziz Mohd. Nor (9M2AU), ahli-ahli MARES telah dilatih untuk mengendalikan pelbagai peralatan komunikasi semasa bencana di kawasan yang tidak mempunyai komunikasi perhubungan konvensional.
Dengan cara itu menurutnya, komunikasi masih boleh terus digunakan walaupun kawasan itu tidak mempunyai bekalan elektrik atau sebagainya.
Selain itu, MARES juga katanya mampu menyediakan sistem integrasi komunikasi kecemasan antara jabatan kerajaan termasuk pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), polis, Persatuan Bulan Sabit, hospital, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam semasa kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) denganefisien.
``Melihat kepada keperluan komunikasi semasa kecemasan, kami terpanggil untuk menubuhkan persatuan ini dan seterusnya mengembangkan aktiviti bagi membolehkan ahli-ahli sentiasa bersiap sedia jika berlaku sebarang kemungkinan,’’ katanya.
Selain itu katanya, komunikasi kecemasan ini bukanlah satu-satunya aktiviti MARES namun mereka juga turut mengadakan pelbagai kelas persediaan bagi menghadapi peperiksaan radio amatur (RAE) dan juga kelas persediaan ujian> kod Morse (CW).
``Dengan cara ini sahaja pengendali radio amatur boleh berkembang dan pengetahuan ini dapat dikongsi oleh ramai orang,’’ katanya.
Menariknya aktiviti yang telah digunakan sejak Samuel F. B. Morse memperkenalkan kod Morse pada tahun 1837 termasuk Guglielmo Marconi mencipta telegrafi tanpa wayar pada tahun 1896, aktiviti ini semakin dipermodenkan sehingga peralatan radio amatur kini boleh menerima data termasuk siaran televisyen.
Kegunaan radio amatur selain kecemasan kini sudah diperkembangkan dan boleh digunakan sebagai bantuan mengajar di kawasan pendalaman.
Apa pun, orang ramai yang ingin mengendalikan radio amatur perlu mengambil RAE. Hubungi Biro Pendidikan MARES, Osman Mohamad (9W2CKO) untuk tujuan itu di 019-9142228 atau melawat laman web HYPERLINK "http://www.mares.org.my/"www.mares.org.my.
--------------------------------------------
Pengalaman, sikap ceria dan aktif Idris tetap dikenang.
KOMUNITI radio amatur negara kehilangan seorang lagi pelopor aktiviti itu apabila Idris Zainuddin dengan nama panggilan 9M2GL menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8.20 malam 28 Mac lalu kerana diserang sakit jantung.
Idris meninggalkan seorang balu dan lima anak serta beberapa cucu pada usia 77 tahun.
Menurut salah seorang anak saudara Allahyarham, Shazman Shahid, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara pada dirinya pada sebelah petang hari tersebut dan masih aktif melayan tetamu yang berkunjung.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home